Senarai Harga Vitamin Shaklee

Sunday, September 30, 2018

Gejala Menopause


Setiap wanita pasti akan mengalami menopause. Menopause merupakan bahagian dalam fase atau kitaran kehidupan seorang wanita ketika masa kesuburan dan masa reproduksi mengalami penurunan hormon.


GEJALA MENOPAUSE


Menopause merupakan suatu gejala normal yang akan dialami oleh setiap wanita sebagai satu petanda usia semakin tua. 



Menopause terjadi kerana seorang wanita itu dikatakan telah putus haid dan tiada lagi pengeluaran  telur yang menghasilkan hormon estrogen.




APA ITU HORMON ESTROGEN?


Hormon estrogen adalah hormon seks bagi wanita yang dihasilkan semasa remaja sehingga sampai masa menopause.


Kadar penghasilan hormon estrogen yang semakin rendah akan menyebabkan pelbagai kesan seperti berpeluh, panas badan, jangkitan kuman di bahagaian saluran urin dan berlaku radangan pada vagina.



TANDA-TANDA MENOPAUSE


Tidak ada usia yang tepat untuk menjangka tempoh menopause pada wanita. Namun, secara umumnya ia boleh dikatakan berlaku sekitar antara usia 45 hingga 55. Ada yang berlaku lebih awal dan ada juga yang lebih lewat


 PENDARAHAN


Tanda-tanda awal menopause ialah seperti berlakunya pendarahan daripada vagina.


Pendarahan yang keluar ini bukan seperti pendarahan ketika datang haid atau saat menstruasi iaitu secara teratur.
Tetapi pendarahan yang berlaku ke atas wanita menopause adalah secara tidak teratur.
Selalunya pendarahan ini hanya akan keluar sewaktu permulaan menopause.
Pendarahan ini biasanya akan terjadi beberapa kali dalam masa beberapa bulan dan terus akan berhenti keluar.
 



Gejala ini juga dikatakan sebagai gejala peralihan kerana muncul pada awal menopause.

HOT FLASHES


Tubuh terasa cepat panas dan berpeluh-peluh dengan banyak. Inilah gejala hot flashes yang mungkin merupakan salah satu tanda menopause pada wanita yang paling popular.


Badan akan berasa panas tanpa sebab dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Namun, ada yang merasakan hot flashes ini hanya buat beberapa saat, setengah jam, atau ada yang lebih lama daripada itu.


 Pakailah pakaian yang selesa, banyakkan meminum air, dan gunakan ais pek sekiranya perlu.




MASALAH EMOSI


Kebanyakan wanita yang akan memasuki fasa menopouse ini seringkali mempunyai emosi yang tidak menentu.  Emosi ini sering dikaitkan dengan masalah daya ingatan menjadi lemah, mudah marah, perubahan mood yang sangat cepat dan sensitif atau pun mudah tersentuh.


Apabila emosinya mula terganggu, banyak tindakan yang dilakukan tidak mendapat fokus yang secukupnya



Oleh hal yang demikian, wanita yang telah lanjut usia ini selalunya disarankan berehat dan tidak perlu melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan stress kepadanya.


Gangguan emosi juga boleh menyebabkan seseorang itu akan susah untuk tidur.  Apabila tidur tidak mencukupi, wanita menopause akan mudah lemah dan letih.



RASA BERDEBAR


Kajian menunjukkan epinephrine dan norepinephrine yang meregulasikan kadar degupan jantung dan tekanan darah sering berubah-ubah dari semasa ke semasa.


Ia mungkin menyebabkan anda berasa berdebar dan barangkali risau tanpa sebab yang munasabah. 


Sekiranya ia berlaku kepada orang terdekat seperti ibu kita, bantulah mereka dengan memberi sokongan moral dan pendengar setia mereka akan menjadi semakin kering, rapuh, dan menipis hingga menyebabkan keguguran rambut




JANGKITAN KUMAN DI SALURAN KENCING


Bagi wanita yang menopause, masalah jangkitan kuman di saluran kencing sering berlaku. kerana dinding uterus atau dinding rahim akan semakin menipis. 


 Jadi, jika pasangan melakukan hubungan seks dalam keadaan tidak mementingkan kebersihan, saluran kencing wanita menopause akan mudah dijangkiti kuman.




SUKAR MENGAWAL KENCING


Terkencing apabila anda melompat, batuk, atau bersin kedengaran seperti melucukan. Tapi, ia adalah realiti yang akan berlaku menjelang tempoh menopause pada wanita.


Selain kesukaran mengawal pundi kencing, kekerapan anda untuk ke tandas juga semakin bertambah. Ini disebabkan penipisan lapisan dinding uretra dalam sistem urinari serta otot pelvik yang semakin lemah.


KULIT YANG KERING


 Kekurangan hormon estrogen dalam badan kesan daripada menopause akan mengakibatkan kulit menjadi kering.
Apabila kulit mulai kering dan tidak lembap, kulit-kulit mula mengedut dan mengecut.


Bahagian-bahagian kulit yang mudah kelihatan berkedut adalah seperti di bahagian muka, tangan dan kaki.  Pengambilan air masak yang secukupnya dapat mengatasi masalah kekurangan air dalam badan yang juga penyebab kulit kering dan berkedut.


Belailah kulit anda dengan sapukan losyen badan supaya kulit tidak kering dan tidak berisiko untuk mendapat penyakit kulit yang lain pula.

Selain kulit, bahagian tubuh lain juga akan turut terkesan seperti mata dan vagina – yang turut menjadi punca menurunnya nafsu seksual seiring usia.



 MIGRAIN


Sekiranya anda tidak pernah mengalami migrain, perubahan turun naik hormon boleh menyebabkan anda cenderung mendapatkannya buat pertama kali. Dan jika anda memang penghidap migrain, ia boleh menjadi lebih teruk lagi.



OSTEOPOROSIS


Gejala menopause yang terakhir ialah mengalami osteoporosis. Osteoporosis atau tulang poros adalah satu masalah yang serius dalam menopause. Tulang biasanya akan dipecahkan dan diganti, tetapi dalam menopause, tulang yang dipecahkan adalah melebihi tulang yang dibina semula.


Oleh itu, tulang mudah patah terutamanya tulang pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang.  Wanita dengan kepadatan tulang yang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengidap osteoporosis berbanding wanita dengan kepadatan tulang yang rendah.


Seorang wanita boleh kehilangan 2-5 % kepadatan tulang dalam jangka masa 5 tahun semenjak bermulanya menopause. Osteoporosis tidak mempunyai simptom di awal penyakit. Cuma di peringkat akhir penyakit ia menyebabkan kesakitan tulang belakang dan abdomen.





ADAKAH RAWATAN UNTUK MENGATASINYA?


Untuk melindungi kesihatan secara umumnya, setiap wanita mesti mengamalkan makanan yang kaya kalsium dan vitamin D, atau suplemen. 

Perbanyakkan juga makanan yang mengandungi antioksida kerana antioksidan ini bermanfaat untuk menjaga sistem kekebalan tubuh dan juga bersifat mengusir racun dari dalam tubuh dan menunda tanda-tanda penuaan.


Wanita menopause juga dinasihatkan agar elakkan dari jenis minuman seperti kafein, kopi, alkohol, minuman bersoda, rempah-rempah dan makanan berlemak

Selain itu mengekalkan gaya hidup aktif. Senaman ringan selama 30 minit sudah mencukupi untuk anda kekal sihat.

Hal ini memerlukan  sokongan daripada anggota keluarga yang lain dalam menghadapi sikap wanita yang menopause.

Sekiranya ia berlaku kepada orang terdekat seperti ibu kita, cubalah fahami keadaan mereka dan bantulah mereka menghadapinya dengan sokongan moral. 


Sebaik saja berlakunya tanda atau gejala perimenopause, sebaiknya temujanji dengan doktor ditetapkan untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan. 


Ujian saringan seperti mammogram, tiroid, dan pemeriksaan fizikal lainnya dapat membantu anda mencapai kesihatan yang optimum.



APAKAH SUPLEMEN YANG TERBAIK UNTUK MENOPAUSE?


Shaklee ada menyediakan suplemen yang boleh membantu dalam menangani menopause.

GLA COMPLEX - membantu dalam menangani menopause. Menstabilkan hormon estrogen


OMEGA GUARD- Membekalkan asid lemak Omega-3 yg amat diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan.


OSTEMATRIX - Menguatkan tulang ibu dengan mengekalkan kepadatan tulang.
>> kekurangan kalsium berdepan dengan risiko yg sangat tinggi untuk menghidap osteoperosis apabila usia meningkat.



klik untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan 


GLA
OMEGA GUARD
OSTEMATRIX




KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DENGAN CIK DA...?


kerana saya akan konsultasi lagi setiap cara permakanan yang betul dengan lebih terperinci lagi...


 Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut...


saya boleh COD kepada anda apa bila-bila masa selagi anda berada di kedah.


Berminat boleh hubungi saya,
 012-5311176


klik disini untuk wasap saya




No comments:

Post a Comment