Senarai Harga Vitamin Shaklee

Tuesday, August 28, 2018

Asma atau Lelah Jangan Ambil Mudah

JANGAN AMBIL MUDAH SOAL KESIHATAN TERUTAMA JIKA MENGIDAP ASMA @ LELAH.


Pelbagai gejala yang membimbangkan termasuk sesak nafas, batuk dan sakit dada. Masalah susah tidur akibat gejala asma yang berlaku pada waktu malam sangat memerlukan rawatan. Apabila keadaan ini berlaku,  pesakit terpaksa tidak hadir ke sekolah atau ke pejabat sekurang-kurangnya sehari sementara ada juga pesakit yang memerlukan rehat seminggu.
Daripada hasil tinjauan menunjukkan sekiranya penyakit asma tidak diurus dengan baik, ia boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang serta kegiatan hariannya.


Sikap ambil mudah

Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif, Pengarah Institut Perubatan Pernafasan juga Pakar Perunding Kanan Dada, percaya keadaan yang membimbangkan ini mungkin boleh dikaitkan dengan sikap ambil mudah rakyat Malaysia.
"Walaupun sedang sakit bila kita tanya, 'pak cik apa khabar' mereka akan jawab, 'baik'," kata Abdul Razak sambil menambah pesakit-pesakitnya sering memandang ringan keseriusan penyakit asma mereka.
Beliau berkata pesakit yang percaya asma mereka dapat dikawal berkemungkinan besar tidak mengambil ubat yang mungkin dapat mencegah serangan teruk asma.
Mereka juga, katanya, mungkin tidak akan mengendahkan gejala serangan asma.
"Pesakit asma perlu belajar mengurus keadaan diri mereka dengan lebih lagi agar dapat menyumbang kepada mutu kehidupan mereka.
"Penting juga untuk pesakit berbincang dengan doktor mengenai langkah mengawal asma," katanya.


Bila asma menyerang


Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara jangka panjang yang kronik. Ia boleh menyebabkan nafas berbunyi, sesak nafas, ketat dada dan batuk.
Ciri utama penyakit ini ialah pencerutan saluran udara dalam paru-paru yang berpunca daripada inflamasi dan menyebabkan pesakit sukar bernafas.
Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda kuat asma.
Asma berkait dengan faktor genetik dan alam sekitar.
Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuk alergen seperti habuk, bulu haiwan, lipas dan debunga.
Punca lain berkaitan dengan asap rokok serta kimia di samping perubatan, seperti contoh aspirin serta kegiatan fizikal.
Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal.
Pesakit juga berdepan dengan risiko sakit mendadak, terpaksa dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia.


Asma dianggap isu kesihatan awam serius dan melibatkan lebih 70 juta orang di Asia dan angka ini semakin meningkat.
Antara pilihan untuk mengurus asma ialah dengan penggunaan alat sedutan pengawal dan alat sedutan penahan.
Alat sedutan pengawal biasanya digunakan dua kali sehari untuk mencegah gejala serta membantu inflamasi dalam saluran udara.
Sementara itu, alat sedutan penahan berfungsi untuk melega dan meluaskan otot saluran udara tetapi bukan untuk inflamasi.



Keradangan boleh disebabkan oleh lemak Omega 6 yang terdapat dalam makanan misalnya; marjerin dan makanan yang diproses.
Asid lemak Omega 3 bagaimanapun mengurangkan keradangan. Tubuh manusia memerlukan keseimbangan di antara asid lemak Omega 3 dan Omega 6. Ada yang mengatakan nisbah hendaklah sekurang-kurangnya 3: 1.
Majoriti dari kita makan terlalu banyak produk yang kaya dengan Omega 6 dan terlalu sedikit produk yang kaya dengan Omega 3. Berapa kerap anda makan makanan yang diproses (kaya dengan Omega 6) dan berapa kerap anda makan ikan dan bayam misalnya (kaya dengan Omega 3)?? Kurangkan makanan yg kaya dengan omega 6 dan tingkatkan makanan yg kaya dengan omega 3 dan anda akan kurangkan keradangan di dalam saluran udara paru-paru boleh memberi kesan yang sangat positif ke atas asma anda.


jom berkenalan dengan Omega Guard Shaklee,  omega-3 acids nya adalah 99% dan ianya diambil daripada ikan liar yang hidup di kawasan dasar lautan beriklim sejuk.
Apabila dibandingkan peratus Omega-3 acids nya pula, sangatlah kecil.
jika ia daripada sumber ikan yang di bela… mungkin kadang-kala membawa mudarat kepada kesihatan  dan mempunyai kontaminasi terhadap pencemaran dan logam berat yang tinggi.

Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia yang terdapat dalam Omega Guard. Minyak Ikan Berpekatan Tinggi.
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.


Omega Guard berfungsi untuk:


Mengurangkan keradangan di salur nafasMeningkatkan sistem imun tubuhMembantu menyihatkan paru-paruMengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)




Selain OMEGA GUARD, vitamin C juga membantu pesakit asma. Chewable C untuk kanak-kanak, manakala Sustained Release Vitamin C Untuk orang dewasa.
Badan manusia tidak menyimpan vitamin C, jadi pesakit perlu untuk mendapatkan melalui diet atau makanan tambahan. Vitamin C yang tinggi antioksidan membantu membaiki tisu-tisu badan, meningkatkan sistem imun dan boleh membantu mengurangkan keradangan. Hasil kajian pengambilan vitamin C mempunyai kesan positif ke atas asma; beberapa kajian mendapati vitamin C membantu menjaga saluran udara terbuka, kata Pusat Perubatan Universiti Maryland. Sesetengah pesakit telah dilaporkan kurang 'wheezing' apabila diet mereka kaya dengan vitamin ini.








Kepada yang berminat untuk dapatkan Vitamin Shaklee boleh terus hubungi saya Pengedar Sah Shaklee

>>> H/P : 012-5311176




KENAPA ANDA PERLU HUBUNGI SAYA????



setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya. boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut...
saya menyediakan perkhidmatan COD area Sungai Petani dan Kawassan - kawasan yang sedaerah dengannya.

No comments:

Post a Comment