Sunday, September 30, 2018

Gejala Menopause


Setiap wanita pasti akan mengalami menopause. Menopause merupakan bahagian dalam fase atau kitaran kehidupan seorang wanita ketika masa kesuburan dan masa reproduksi mengalami penurunan hormon.


GEJALA MENOPAUSE


Menopause merupakan suatu gejala normal yang akan dialami oleh setiap wanita sebagai satu petanda usia semakin tua. 



Menopause terjadi kerana seorang wanita itu dikatakan telah putus haid dan tiada lagi pengeluaran  telur yang menghasilkan hormon estrogen.




APA ITU HORMON ESTROGEN?


Hormon estrogen adalah hormon seks bagi wanita yang dihasilkan semasa remaja sehingga sampai masa menopause.


Kadar penghasilan hormon estrogen yang semakin rendah akan menyebabkan pelbagai kesan seperti berpeluh, panas badan, jangkitan kuman di bahagaian saluran urin dan berlaku radangan pada vagina.



TANDA-TANDA MENOPAUSE


Tidak ada usia yang tepat untuk menjangka tempoh menopause pada wanita. Namun, secara umumnya ia boleh dikatakan berlaku sekitar antara usia 45 hingga 55. Ada yang berlaku lebih awal dan ada juga yang lebih lewat


 PENDARAHAN


Tanda-tanda awal menopause ialah seperti berlakunya pendarahan daripada vagina.


Pendarahan yang keluar ini bukan seperti pendarahan ketika datang haid atau saat menstruasi iaitu secara teratur.
Tetapi pendarahan yang berlaku ke atas wanita menopause adalah secara tidak teratur.
Selalunya pendarahan ini hanya akan keluar sewaktu permulaan menopause.
Pendarahan ini biasanya akan terjadi beberapa kali dalam masa beberapa bulan dan terus akan berhenti keluar.
 



Gejala ini juga dikatakan sebagai gejala peralihan kerana muncul pada awal menopause.

HOT FLASHES


Tubuh terasa cepat panas dan berpeluh-peluh dengan banyak. Inilah gejala hot flashes yang mungkin merupakan salah satu tanda menopause pada wanita yang paling popular.


Badan akan berasa panas tanpa sebab dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Namun, ada yang merasakan hot flashes ini hanya buat beberapa saat, setengah jam, atau ada yang lebih lama daripada itu.


 Pakailah pakaian yang selesa, banyakkan meminum air, dan gunakan ais pek sekiranya perlu.




MASALAH EMOSI


Kebanyakan wanita yang akan memasuki fasa menopouse ini seringkali mempunyai emosi yang tidak menentu.  Emosi ini sering dikaitkan dengan masalah daya ingatan menjadi lemah, mudah marah, perubahan mood yang sangat cepat dan sensitif atau pun mudah tersentuh.


Apabila emosinya mula terganggu, banyak tindakan yang dilakukan tidak mendapat fokus yang secukupnya



Oleh hal yang demikian, wanita yang telah lanjut usia ini selalunya disarankan berehat dan tidak perlu melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan stress kepadanya.


Gangguan emosi juga boleh menyebabkan seseorang itu akan susah untuk tidur.  Apabila tidur tidak mencukupi, wanita menopause akan mudah lemah dan letih.



RASA BERDEBAR


Kajian menunjukkan epinephrine dan norepinephrine yang meregulasikan kadar degupan jantung dan tekanan darah sering berubah-ubah dari semasa ke semasa.


Ia mungkin menyebabkan anda berasa berdebar dan barangkali risau tanpa sebab yang munasabah. 


Sekiranya ia berlaku kepada orang terdekat seperti ibu kita, bantulah mereka dengan memberi sokongan moral dan pendengar setia mereka akan menjadi semakin kering, rapuh, dan menipis hingga menyebabkan keguguran rambut




JANGKITAN KUMAN DI SALURAN KENCING


Bagi wanita yang menopause, masalah jangkitan kuman di saluran kencing sering berlaku. kerana dinding uterus atau dinding rahim akan semakin menipis. 


 Jadi, jika pasangan melakukan hubungan seks dalam keadaan tidak mementingkan kebersihan, saluran kencing wanita menopause akan mudah dijangkiti kuman.




SUKAR MENGAWAL KENCING


Terkencing apabila anda melompat, batuk, atau bersin kedengaran seperti melucukan. Tapi, ia adalah realiti yang akan berlaku menjelang tempoh menopause pada wanita.


Selain kesukaran mengawal pundi kencing, kekerapan anda untuk ke tandas juga semakin bertambah. Ini disebabkan penipisan lapisan dinding uretra dalam sistem urinari serta otot pelvik yang semakin lemah.


KULIT YANG KERING


 Kekurangan hormon estrogen dalam badan kesan daripada menopause akan mengakibatkan kulit menjadi kering.
Apabila kulit mulai kering dan tidak lembap, kulit-kulit mula mengedut dan mengecut.


Bahagian-bahagian kulit yang mudah kelihatan berkedut adalah seperti di bahagian muka, tangan dan kaki.  Pengambilan air masak yang secukupnya dapat mengatasi masalah kekurangan air dalam badan yang juga penyebab kulit kering dan berkedut.


Belailah kulit anda dengan sapukan losyen badan supaya kulit tidak kering dan tidak berisiko untuk mendapat penyakit kulit yang lain pula.

Selain kulit, bahagian tubuh lain juga akan turut terkesan seperti mata dan vagina – yang turut menjadi punca menurunnya nafsu seksual seiring usia.



 MIGRAIN


Sekiranya anda tidak pernah mengalami migrain, perubahan turun naik hormon boleh menyebabkan anda cenderung mendapatkannya buat pertama kali. Dan jika anda memang penghidap migrain, ia boleh menjadi lebih teruk lagi.



OSTEOPOROSIS


Gejala menopause yang terakhir ialah mengalami osteoporosis. Osteoporosis atau tulang poros adalah satu masalah yang serius dalam menopause. Tulang biasanya akan dipecahkan dan diganti, tetapi dalam menopause, tulang yang dipecahkan adalah melebihi tulang yang dibina semula.


Oleh itu, tulang mudah patah terutamanya tulang pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang.  Wanita dengan kepadatan tulang yang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengidap osteoporosis berbanding wanita dengan kepadatan tulang yang rendah.


Seorang wanita boleh kehilangan 2-5 % kepadatan tulang dalam jangka masa 5 tahun semenjak bermulanya menopause. Osteoporosis tidak mempunyai simptom di awal penyakit. Cuma di peringkat akhir penyakit ia menyebabkan kesakitan tulang belakang dan abdomen.





ADAKAH RAWATAN UNTUK MENGATASINYA?


Untuk melindungi kesihatan secara umumnya, setiap wanita mesti mengamalkan makanan yang kaya kalsium dan vitamin D, atau suplemen. 

Perbanyakkan juga makanan yang mengandungi antioksida kerana antioksidan ini bermanfaat untuk menjaga sistem kekebalan tubuh dan juga bersifat mengusir racun dari dalam tubuh dan menunda tanda-tanda penuaan.


Wanita menopause juga dinasihatkan agar elakkan dari jenis minuman seperti kafein, kopi, alkohol, minuman bersoda, rempah-rempah dan makanan berlemak

Selain itu mengekalkan gaya hidup aktif. Senaman ringan selama 30 minit sudah mencukupi untuk anda kekal sihat.

Hal ini memerlukan  sokongan daripada anggota keluarga yang lain dalam menghadapi sikap wanita yang menopause.

Sekiranya ia berlaku kepada orang terdekat seperti ibu kita, cubalah fahami keadaan mereka dan bantulah mereka menghadapinya dengan sokongan moral. 


Sebaik saja berlakunya tanda atau gejala perimenopause, sebaiknya temujanji dengan doktor ditetapkan untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan. 


Ujian saringan seperti mammogram, tiroid, dan pemeriksaan fizikal lainnya dapat membantu anda mencapai kesihatan yang optimum.



APAKAH SUPLEMEN YANG TERBAIK UNTUK MENOPAUSE?


Shaklee ada menyediakan suplemen yang boleh membantu dalam menangani menopause.

GLA COMPLEX - membantu dalam menangani menopause. Menstabilkan hormon estrogen


OMEGA GUARD- Membekalkan asid lemak Omega-3 yg amat diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan.


OSTEMATRIX - Menguatkan tulang ibu dengan mengekalkan kepadatan tulang.
>> kekurangan kalsium berdepan dengan risiko yg sangat tinggi untuk menghidap osteoperosis apabila usia meningkat.



klik untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan 


GLA
OMEGA GUARD
OSTEMATRIX




KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DENGAN CIK DA...?


kerana saya akan konsultasi lagi setiap cara permakanan yang betul dengan lebih terperinci lagi...


 Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut...


saya boleh COD kepada anda apa bila-bila masa selagi anda berada di kedah.


Berminat boleh hubungi saya,
 012-5311176


klik disini untuk wasap saya




Wednesday, September 26, 2018

Nyah, kau ruam. Cream 100% natural

Kenapa entri saya bertajuk "NYAH KAU RUAM". Sebab ni yang terjadi pada si kecil saya yang baru berusia 2minggu masa tu....



Hati ibu mana boleh senang, kalau tengok si kecil yang baru berusia 2 minggu, jadi ruam penuh badan.. sampai di kepala pun jadi ruam..tengkuk habis jadi merah...



Bedak sejuk, tepung ubi, bedak botol merah, bedak ruam , cream ruam semua dah try.. tak de kesan pun... makin banyak lg ada la...





Adakah Krim Herbal Blend selamat digunakan ke atas bayi?



Krim Herbal Blend Shaklee sudah berada di pasaran sejak 15 tahun dan ia terbukti selamat dan berkesan . Ia bebas paraben dan steroid, diperbuat daripada shea butter.


Shaklee menggunakan African Shea Butter yang kaya dengan natural moisturizer. Shea butter selamat digunakan ke atas bayi kerana ia adalah bebas toksin dan cukup lembut untuk kulit bayi yang sensitif.



Keistimewaan krim Herbal blend serbaguna ini adalah:


·      Ia diekstrak daripada pelbagai jenis herba semulajadi terpilih
·      Tanpa steroid
·      Dingin dan tidak berminyak
·      Telah menjalankan clinical test
·      Tiada keraguan dan tiada racun




Kelebihan Herbal Blend


1. Merawat Eczema & Gatal-gatal akibat gigitan serangga.
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk @ serangga supaya bengkak tak melarat.


2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah.
Masalah tumit pecah sememangnya membuatkan kita rasa malu. Sapukan sahaja di kawasan tumit pecah dan kawasan kulit yang kering, InshaAllah lepas tu okay. 


3. Ubat luka @ melecur.
Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada 1 Herbal Blend dalam setiap rumah. Baik juga untuk luka, kesan calar @ akibat benda panas. 


4. Menghilangkan parut.
Kalau ada parut akibat chicken pox @ campak, cuba sapukan Herbal Blend. InshaAllah parut akan pudar & hilang.


5. Ruam pada bayi.
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Jangan tak tahu, Herbal Blend juga mampu melegakan rasa pedih.


6. Losyen harian.
Boleh juga menggunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut. Herbal Blend tidak berminyak, jadi sememangnya nyaman & selesa. 


7. Baik‬ untuk demam
Disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan






Kebaikan Cream Herbal Blend


Di Ekstrak daripada pelbagai jenis herba semulajadi terpilih,

- Tanpa steroid.- Dingin dan tidak berminyak.- ianya Telah menjalankan Clinical test.- Tiada keraguan kerana ia bebas daripada bahan kimia.- Paraben.



4 Ramuan Penting Herbal Cream Shaklee


 #1. Horse Chestnut / Buah berangan
Buah ni kita selalu jumpa di Utara Malaysia, biasanya mereka suka disalai dengan biji kopi dan makan . Membantu melawan tanda-tanda penuaan  pada kulit, ciri-cirinya yang anti radang seperti mengurangkan bengkak, lebam di kulit, dan memperbaiki lebam dan kebiruan pada kulit akibat kapilari darah pecah di bawah kulit. 


#2. Sage
Herba ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembaharuan sel-sel. Ianya juga kaya dengan vitamin A dan kalsium serta antioksidannya membantu memerangi radikal bebas pada kulit.


#3. Rosemary
Rosemary merupakan sumber zat besi , kalsium, dan vitamin B6 yang menyokong tahap kolagen yang sihat . Kaya dengan mangan dan mineral yang membantu mengurangkan kedutan dan mengelakkan kulit menjadi rosak. Apabila adanya radikal bebas pada kulit kita ia bukan sahaja merosakkan kulit malah membawa kedutan, tona tidak sekata serta kendur.


#4. Yarrow
Yarrow ini pula mengandungi bahan anti radang dan anti septik. Di mana, ia dapat memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan . Ia boleh dipraktikkan bagi kegunaan luar , menyembuhkan luka , luka terbakar , ulser , alahan kulit  dan juga bengkak.





Siapa yang Sesuai Menggunakan Herbal Blend Cream

✔ Bayi
✔ Lelaki mahupun wanita
✔ Pesakit Ekzema ( masalah kulit )
✔ Bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata / bayi
✔ Mereka yang mahukan kulit sentiasa cantik dan lembut
✔ Mereka yang sering demam
✔ Kanak-kanak yang sering berkudis dan gatal-gatal
✔ Warga emas'
✔ Mereka yang mempunyai masalah demam campak, alahan dan sebagainya



KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DENGAN CIK DA...?


Kerana saya akan konsultasi lagi setiap cara permakanan yang betul dengan lebih terperinci lagi...


Kerana saya Agen @ Pengedar Sah Shaklee


saya boleh COD kepada anda apa bila-bila masa selagi anda berada di kedah.


Berminat boleh hubungi saya,
 012-5311176


klik disini untuk wasap saya


selepas ni ibu-ibu tak yah risau dah kalau anak kena ruam, ruam lampin, gigitan serangga @ nyamuk, parut akibat chicken pox @ campak, luka @ melecur, boleh juga merawat eczema dan boleh dijadikan lotion.

Thursday, September 20, 2018

Vita Lea Kids Penuhi Nutrien Untuk Kanak-Kanak

Mungkin ramai ibu  tercari-cari vitamin yang bagus untuk anak-anak, Kini shaklee dengan keluaran yang terkini Vita-lea Kids dengan formula terbaru.

Dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan paduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas. 





Kajian terbaru menunjukkan kebanyakkan anak anak kekurangan nutrisi yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat menjejaskan prestasi anak-anak disekolah, mempengaruhi sistem imun, tumbesaran tulang dan perkembangan fizikal mereka.



Dinegara kita sendiri, 9/10 kanak-kanak membesar dengan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, D, kalsium dan zat besi. Mungkin dalam hati kita menafikan yang anak-anak kita termasuk dalam nisbah ini. Atau memang benar anak kita salah seorang dari 9 kanak-kanak yang kekurangan diet yang seimbang.


Vitalea kid mengandungi vitamin dan mineral yang mudah teroksida. Shaklee mereka penutup khas bagi mencegah pengoksidaan berlaku. Dengan ini juga, kanak-kanak tidak mudah untuk membuka sendiri botol Vitalea tanpa pengawasan ibubapa.



Terdapat 7 keistimewaan Vita-Lea For Children sehingga amat rugi jika ada anak-anak yang sedang membesar kite tak bekalkan dengan multivitamin ni. Tablet sebesar bola mata anak-anak, ini juga mampu menutup lompang-lompang nutrient anak-anak kita. Berikut ialah kelebihan Vita-Lea For Children Shaklee



1. Mengandungi
18 jenis vitamin dan mineral perlu.
100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain. 



2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.



3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.




4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.




5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!





6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.





7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suka makan sayur.




Bayangkan kita bagi anak-anak kita makan semua ni dalam masa sehari ? Mesti sakit perut muntah, 3 hari anak kita. Dah jadi masalah lain. Tapi semua ini dah dimudahkan, hanya 2 biji Vita-Lea For Children / sehari. 



Anak-anak kita sudah mendapat bekalan nutrient bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian selain daripada makanan yang dimakan setiap hari.



Jom Order Vita-Lea Kids


Jom dapatkan produk shaklee terbaik, hubungi saya sekarang untuk membuat pesanan secara online terus dari Shaklee Malaysia.


KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DENGAN CIK DA...?


Kerana saya akan konsultasi lagi setiap cara permakanan yang betul dengan lebih terperinci lagi...


Kerana saya Agen @ Pengedar Sah Shaklee


saya boleh COD kepada anda apa bila-bila masa selagi anda berada di kedah.


Berminat boleh hubungi saya,
 012-5311176


klik disini untuk wasap saya



Memang tak dinafikan anak-anak kecil cerewet dalam memilih permakanan, oleh itu ibu-ibu saja yang tahu apa multivitamin yang terbaik untuk anak-anak. Saya sarankan setiap rumah mesti ada sebotol Vita Lea Kids  bagi memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak.



Wednesday, September 19, 2018

Pertua Hilangkan Biji Kolestrol

Biji-biji kolestrol yang timbul di sekitar bawah mata atau di bahagian atas mata merupakan petanda seseorang itu mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dalam badan.


Adakah anda sedang mencari petua hilangkan bintik kolestrol?


Disini cik da ada pertua untuk menghilang biji-biji kolestrol dengan bahan semulajadi yang senang didapati disekeliling kita. Tapi sebelum tu meh kita berkenalan "Apa itu biji-biji kolestrol".


Biji-biji kolestrol ialah bintik-bintik putih di sekitar mata seperti bonjolan lemak yang berkembang di bawah kulit anda, Ia juga dikenali sebagai xanthelasma.



ADAKAH BINTIK KOLESTROL DI BAWAH MATA BERBAHAYA?



Bintik kolestrol ini secara amnya ia memberikan indikasi bahawa tahap kolestrol di dalam badan seseorang itu adalah tinggi. Walaupun tinggi kolestrol dalam badan ini bukanlah sejenis penyakit, namun individu terbabit amat berisiko tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit lain yang berkaitan seperti darah tinggi, sakit jantung dan strok!


SIAPAKAH YANG BERISIKO TINGGI MENDAPAT BINTIK KOLESTROL DI BAWAH MATA?


Bintik kolestrol atau xanthelasma ini tidak menyebabkan kesakitan atau gatal-gatal, tetapi ia mungkin boleh menghalang penglihatan jika benjolan itu tumbuh cukup besar dan mencacatkan penampilan.


Apa yang anda perlu tahu ialah, saiz badan bukanlah ukuran akan tahap kolestrol dalam badan seseorang. Ramai je orang yang kurus saiz badan tapi punyai tahap kolestrol yang tinggi dalam badan, begitu juga sebaliknya.



Ia juga boleh menjadi isyarat atau petanda anda bakal mendapat penyakit arteri koronari di masa depan. Satu kajian menunjukkan merokok, obesiti, hipertensi, kencing manis dan dislipidemia, yang merupakan faktor risiko utama untuk penyakit arteri koronari.





Oleh kerana kawasan yang terjejas biasanya sangat dekat dengan mata, pembedahan bukanlah rawatan yang disyorkan. Tambahan pula, pembedahan boleh mengakibatkan parut yang kekal. Rawatan laser adalah satu lagi kemungkinan, tetapi juga membawa risiko parut.



Rawatan Alternatif seperti :-


BAWANG PUTIH


Enzim yang terdapat dalam bawang putih boleh membantu meratakan benjolan bintik kolesterol. Bawang putih juga bermanfaat untuk mengurangkan tahap kolesterol tinggi.



Hancurkan bawang putih sehingga menjadi pes. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan tutup dengan kapas untuk elakkan bawang putih masuk ke dalam mata anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.


 Ulang sekali sehari selama beberapa hari.


Alternatifnya, hancurkan tablet bawang putih menjadi serbuk halus. Tambahkan sedikit air untuk membentuk pes dan letakkan di kawasan yang terjejas. Biarkan selama kira-kira 1 jam sebelum membasuhnya.


Lakukan ini setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang diinginkan.


Anda juga boleh makan 2 hingga 3 ulas bawang putih mentah semasa perut kosong setiap hari atau ambil suplemen bawang putih sebagai ganti.



Nota: Elak menggunakan bawang putih pada kulit untuk jangka masa yang panjang kerana ia boleh membakar kulit. Elakkan petua hilangkan bintik kolesterol menggunakan bawang putih jika anda memiliki kulit yang sensitif.



KULIT PISANG


Satu lagi petua hilangkan biji kolestrol di sekeliling mata anda secara selamat dan semulajadi adalah dengan menggunakan kulit pisang.


Kulit pisang mempunyai sifat antioksidan yang kuat dan enzim di dalamnya dapat membantu menghilangkan bintik kolesterol secara semulajadi.



MADU


Madu membantu merawat dan hilangkan biji kolesterol di muka kerana ia bersifat antioksidan dan bahan humektan (memerangkap lembapan dan mengelakkan kekeringan). 


Madu juga boleh digabungkan dengan bahan lain untuk dijadikan skrub untuk menyental sel kulit mati sekaligus dapat mengurangkan dan hilangkan biji kolesterol di muka anda tu.


Sapukan madu pada seluruh muka. Biarkan selama 15 minit, kemudian cuci dengan air bersih. Buat setiap hari sehingga nampak improvement.




SKRUB GULA


Ini skrub paling ringkas untuk melembapkan kulit dan untuk hilangkan biji kolesterol di muka. Skrub ini adalah campuran ½ biji jus lemon, 1 sudu teh minyak zaitun dan 2 sudu besar gula yang boleh melicinkan dan mencerahkan kulit.


Skrub muka secara lembut untuk beberapa minit dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Ulang 2 kali seminggu untuk beberapa bulan atau sehingga biji kolestrol makin berkurangan.




 ALOE VERA


Aloe vera sangat menenangkan, menyembuhkan, anti-radang dan antioksidannya dapat membantu cara untuk hilangkan biji kolesterol di muka. Ia juga boleh membantu membuka liang pori yang tersumbat.


Sapukan saja bahagian kulit yang terlibat dengan keratan aloe vera segar dan biarkan semalaman dan cuci seperti biasa pada keesokan paginya. Buat setiap hari sehingga biji kolesterol hilang.


Boleh juga sapukan campuran aloe vera dengan teh hijau – biarkan selama lebih kurang 15 minit dan kemudian cuci dengan air bersih. Ia juga bagus untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.


Kalau anda terlalu sibuk dan tak ada masa untuk melakukan petua dan tips yang saya kongsikan tadi, anda boleh mengamalkan suplemen dari shaklee.


Meh kita kenali suplemen shaklee.


Bagi membantu mengilangkan biji kolestrol dan menurunkan tahap kolestrol jahat serta bantu menurunkan tekanan darah.


OMEGA GUARD  mengandungi asid lemak - omega 3 yang amat penting, yang tidak di hasilkan oleh badan dan kita perlu mengambilnya dari makanan. DHA dan EPA dalam omega juga membantu mencegah penyakit saluran darah dan strok.


Omega-3 sangat membantu dalam menurunkan kadar triglyceride dan kolestrol jahat (LDL). Ia juga dapat meningkatkan kolestrol baik (HDL), seterusnya membantu dalam menurunkan tekanan darah dalam badan.



Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL,mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko sakit jantung.



GARLIC COMPLEX membantu menurunkan kolestrol,LDL,trigliserid dan kelikatan darah,meningkatkan HDL,melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.


Bawang putih sememangnya digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh secara am. Alisin, iaitu sejenis bahan aktif di dalam bawang putih telah terbukti berkesan untuk menyokong dan memelihara kesihatan tubuh melalui pelbagai tindakan.


Ia juga antibiotik yang selamat dan semulajadi yang boleh meningkatkan sistem imun dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema,kulat,kuman,virus dan lain-lain.



KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DENGAN CIK DA...?


kerana saya akan konsultasi lagi setiap cara permakanan yang betul dengan lebih terperinci lagi...


 Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut...


saya boleh COD kepada anda apa bila-bila masa selagi anda berada di kedah.


Berminat boleh hubungi saya,
 012-5311176


klik disini untuk wasap saya


Setiap orang yang ingin menjaga kesihatan perlu ada sebotol Omega Guard dan Garlic Complex di rumah... bukan menggurangkan biji kolestrol, malah ia juga mengawal kolestrol, mencantikan kulit, serta meningkatkan daya fokus minda kita.



Sunday, September 9, 2018

Lecithin Bukan Pil Kurus

Apabila disebut Lecithin Shaklee ramai yang mengenalinya untuk produk kuruskan badan. Jadi dalam entri ini Cik da  akan menjelaskan kepada anda yang Leicthin bukan hanya untuk kurus sahaja. Malah ia juga baik untuk kesihatan..


Apakah Lecithin?


Lecithin digelar sebagai 'pengemulsi semulajadi'. Ini kerana lecithin memberi kesan melekat pada lelemak. Lecithin ini yang akan menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding mambran.


Untuk makluman anda, Lecithin sebenarnya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan tapi hakikatnya ia sangat penting untuk badan anda.

`

Keistimewaan Leicthin Shaklee 


Ia diekstrak daripada kacang soya organik. Setiap kapsul lecithin mengandungi 518 mg Lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol.





Kebaikan Lecithin Shaklee 




1. Lecithin untuk kurus 


Fungsi utama Lecithin adalah untuk mengemulsi atau memecahkan lemak. Lecithin akan membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang sesuai.


Pengambilan Lecithin dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk mendapat kesan pelangsingan yang seimbang.






2. Lecithin untuk masalah kolesterol 


Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol, menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) serta membantu mengawal paras triglycerides. Lecithin juga mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan darah dan juga mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.






3. Lecithin untuk tekanan darah tinggi 


Lecithin memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arterioklerosis dan menggalakkan peredaran darah.





4. Lecithin untuk melindungi hati 


Lecithin menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Ia juga membantu memulihkan kesihatan hati.






5. Lecithin untuk fungsi otak


Acethylcholine penting untuk fungsi otak. Ia penting untuk berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman.


Acethylcholine adalah sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. 


Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin. Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.


Jika anda ingin meningkatkan daya focus dan fungsi otak untuk lebih cerdas dan pintar, amalkan Lecithin selalu. 






6. Lecithin untuk warga tua/emas


Lecithin sangat penting untuk mereka yang uzur yang disebabkan angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua. Ia membantu mengurangkan masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, dan sejuk kaki.



Anda bolehlah hadiahkan Lecithin ini kepada mak ayah. 






7. Lecithin untuk penghadaman


Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile'. Bile ini perlu untuk memecahkan molekul lemak kepada asid lemak dan glycerol yang lebih bermanfaat kepada badan.






8. Lecithin untuk sembelit 


Lecithin adalah sejenis pelembut najis yang berkesan, ia membantu melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus. Sebab ini juga lecithin penting untuk anda yang nak kurus!






9. Lecithin untuk kesihatan sel


Lecithin juga penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel. Choline dan lecithin akan menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.





10. Lecithin untuk kesihatan jantung


Fungsi Lecithin tadi yang mencairkan lemak dalam darah kepada titisan kecil amat penting untuk perlindungan sistem jantung.





11. Lecithin untuk kulit 


Lecithin membantu membrane sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk mendapat kulit yang lebih sihat dan cantik serta mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.







12. Lecithin untuk menghalang batu karang 


Tahu tak 90 peratus dari batu karang terjadi dari kolesterol. Lecithin ini akan mengemulsi kolesterol yang berlebihan untuk menyekat dan menghalang terjadinya batu karang.






13. Lecithin untuk memperbaiki alergi 


Lecithin menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung dalam salur darah seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit – dermatitis, demam alergi.







14. Lecithin untuk bengkak susu


Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat. Antara dos yang dicadangkan ialah:



·                     3600 - 4800 mg Leicthin sehari
·                     Selepas 1- 2 minggu tanpa sebarang blockage boleh kurangkan dos kepada 1200 mg Lecithin

·                     Dan jika dalam masa 2 minggu kemudian tiada blockage, ibu boleh mengurangkan bawanh 1200 mg Lecithin.



Siapa yang perlukan Lecithin 



·                     Lelaki dan perempuan


·                     Pelajar


·                     Warga tua


·                     Orang yang nak kuruskan badan


·                     Orang yang ingin kawal kolestrol


·                     Orang yang ingin menjaga kesihatan





Setiap orang yang ingin menjaga kesihatan perlu ada sebotol Lecithin di rumah... bukan setakat kurus dan langsing, malah ia juga mengawal kolestrol, mencantikan kulit, serta meningkatkan daya fokus minda kita..


Berminat boleh hubungi saya,   

 012-5311176


klik disini untuk wasap saya



KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DENGAN SAYA????


kerana saya akan konsultasi lagi setiap cara permakanan yang betul dengan lebih terperinci lagi...

 Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut...saya menyediakan perkhidmatan COD area Bedong ,Sungai Petani dan kawasan yang berdekatan..




Wednesday, September 5, 2018

Langsing dan Sihat

Gemuk itu comel,  owesome ... 

tapi tahu kah anda kegemukan menyebabkan anda mendapat banyak jenis penyakit antaranya penyakit jantung, kolesterol tinggi dalam darah, Kencing manis..dan lain-lain..



Jadi nak ke!!!!

jadi seorang yang gemuk comel tapi berpenyakit???? adehhhh syuhhh tolong pergi jauh-jauh lelemakkkk!!!! 



Shaklee mengamalkan 3 peringkat untuk kurus iaitu


1) Membakar
-Pemecahan lemak dan kolestrol.


2) Mendetox atau membuang
-Membuang lemak dan toksin dalam badan.


3) Membina
-Untuk membina otot dan mengelakkan dari kulit menggeleber.


BAKAR---BUANG---BINA


 Proses pemecahan lemak 

-Boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard.  Lecithin/Omega Guard dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak atau pun dengan istilah yang senangnya ialah mencairkan lelemak tepu uolls.



Proses mendetox dan membuang

-Adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambil Alfalfa, dan yang mengalami masalah sembelit, boleh ambil Herb-Lax.. 


Herb-lax ni memang akan membuatkan kita kerap ke tandas.. untuk yang rasa tak suka jenis yang boleh membuatkan kita perlu ke tandas selalu boleh pilih ALFAFA..


Oh ya..Herb-Lax tidak sesuai untuk ibu yang menyusu kerana ia akan menyebabkan bayi cirit-birit



Proses membina otot

-Protien penting untuk pelihara otot dalam badan. Otot penting untuk tingkatkan metabolisma bagi pembakaran lemak. 


Bertindak membina otot dan mengelakkan kulit menggeleber, rasa kenyang kerana sumber protien.


Ibu menyusu disarankan mengambil ESP, kerana kalori Cinch Shake sangat rendah dan dikuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.





OK, kat atas ni merupakan SET SLIMMING LENGKAP SHAKLEE..,Banyaknyer...nak ambik semua ke??? tak perlu...pilih jer yang mana patut n diperlukan badan anda...macam saya, ambil LECITHIN, ALFALFA dengan ESP je..hasil dia...MEMANG SUPERB!!! hari2 tak lapar, badan makin ringan day by day dan alhamdulillah rasa lagi sihat dan cergas...



Bakar Lemak

Lecithin  (180 capsules)  RM 55
Omega Guard  (90 capsules)  RM 137


Buang Toksik

Alfalfa (s) ( 330 tablets)  RM 58
Herb-lax (120 tablets0  RM 58



Bina Otot

Cinch Shake (750g)  RM 181
ESP  (850g)  RM 161




Berminat untuk dapatkan  SET KURUS  SHAKLEE  boleh terus hubungi saya Pengedar Sah Shaklee anda.



 H/P  012-5311176



KLIK DISINI UNTUK WASAP SAYA


KENAPA ANDA PERLU HUBUNGI SAYA????


Kerana saya akan konsultasi lagi setiap cara permakanan yang betul dengan lebih terperinci lagi...

Kerana saya Agen @ Pengedar Sah Shaklee

saya boleh COD kepada anda apa bila-bila masa selagi anda berada di kedah.

Monday, September 3, 2018

Milk Booster - Kepentingan Susu Ibu


Apakah Milk Booster terbaik untuk anda dan bayi anda? Sudah mestilah Milk Booster terbaik adalah yang dapat membantu banyakkan susu ibu ketika susu anda sedang merundum.


 Mami akui ramai ibu-ibu diluar sana mengamalkan milk booster secara semulajadi seperti kurma, habatus sauda, lobak putih dan ada macam-macam lagi kan.


Kita ni sebagai mak-mak seboleh-bolehnya memang nak berikan yang terbaik untuk anak betul tak? Kita sanggup lakukan apa saja asalkan dapat berikan susu badan pada anak sehingga 2 tahun.


Banyak sangat kelebihan susu ibu contohnya: ia senang hadam, ada antibodi dan hormon pertumbuhan yg tiada dalam susu formula, rapatkan hubungan ibu-anak, membakar kalori ibu, tak perlu susah payah bawak bakul susu bila keluar rumah dan sebagainya




Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi

1. Susu Ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

  • Ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Mudah di hadam
  • Sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.




2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi


  • Kolastrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • Mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain




Susu badan merundum mungkin sebab stress di tempat kerja dan mungkin faktor lain juga. Untuk makluman 3 perkara ni memang mami lakukan dan ibu-ibu menyusu pun patut tahu. Iaitu:


Elakkan minuman berkafein
Elakkan minuman berais
Amalkan minum air 3 liter



milkbooster untuk membantu ibu-ibu mengatasi masalah kekurangan susu ibu.
menambah kuantiti dan kualiti susu badan untuk si bayi tidak perlu lagi rungsing dengan masalah susu ibu kurang atau cair.



Setiap produk ini mempunyai banyak keistimewaan tersendiri, namun kesemuanya mempunyai fungsi utama yang sama iaitu untuk membantu ibu-ibu mengatasi masalah-masalah ketika proses penyusuan anak.


With ESP

Huwaa…Ibu mana tak susah hati kalau anak menangis didalam pantang.
Bila dia minum susu macam tak kenyang.
Ibu tertanya-tanya, dimanakah kurangnya sehingga susu ibu macam sikit?



Info Pertama #1 Jaga Pemakanan Ibu


Ibu berpantang kena makan dengan sihat.
Pagi, tengahari dan petang — wajib makan nasi (karbohidrat).
Selang masa setiap 2 jam mesti makan roti.



Perut tak boleh sempat lapar tau.
Ibu mesti makan dengan sihat.
InshaAllah lepas tu kalau ambil MilkBooster, susu akan semakin meriah.



Info Kedua #2 Kena Tahu Tentang Supply and Demand


Ini perkara WAJIB ibu kena tahu tentang penyusuan susu ibu.
Ini basic dalam penyusuan susu ibu.


Tak boleh ambil penggalak susu dan tak menyusukan baby tau.
Kena pam semasa baby tidur. Pendek kata kena buat tiga (3) perkara ni



Yang Pertama : Menyusu secara terus (direct feeding) setiap 2 jam bila bersama
Yang Kedua     : Pam susu 3 jam sekali ditempat kerja
Yang Ketiga     : Ambil Milk Booster
Disini saya perkenalkan milk booster Shaklee kaya dengan khasiatnya.



ESP


  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  • Memekatkan susu ibu
  • Sebagai milk booster
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolesterol.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.
  • Kesimpulannya…
  • ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.
  • Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee? Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitinya.


Bonusnya kulit gebu, cantik berseri & lebih anjal daripada biasa!





OSTEMATRIK


satu biji ostematrik bersamaan segelas susu dan 80 biji badam.
dengan mengamalkan ostematrik ini tiada lagi masalah sembelit,kekejangan otot,simpul biawak dan segala macam yang berkaitan dengan otot,
insyaallah
kerana ostematrik ini membekalkan bukan hanya kalsium juga vitamin D yang amat diperlukan oleh tubuh kita bagi membina tulang temulang.


khasiat yang di perolehi jika mengamalkan ostematrik secara konsisten:
~tekanan darah berada di tahap normal.
~melancarkan saraf.
~memberi mood yang baik.
~gigi dan tulang menjadi kuat.


kesan jika kekurangan kalsium:


~kaki dan tangan selalu rasa kebas.
~sering sakit pinggang.
~selalu murung.
~selalu rasa nak marah.
~rasa kejang.


sebab itulah ibu menyusu dan ibu hamil di galakkan mengambil ostematrik ini.anda percaya tak ostematrik ini juga membantu memperbanyakkan susu ibu yang menyusu? hmmm bagi ibu yang menyusu seperti sy sendiri memang ia amat membantu kerana itu ostematrik ini ada di dalam set penyusuan,set kehamilan dan set berpantang.




OsteMatrix sangat istimewa bagi mami sebab bagi ibu yang menyusukan anak mesti akan sakit-sakit badan, sengal sana sini atau sakit pinggang dan letih, betul tak?

 Semua ibu akan hadapi masalah ni. Tapi lepas mami amalkan OsteMatrix ni semua sakit-sakit badan tu dah tak ada lepas bangun tidur waktu pagi. Yang paling best nak membuang air besar sangat senang, dah tak ada masalah lagi. 

OsteMatrix ini terkandung Vitamin D lengkap, magnesium dan kalsium. OsteMatrix ini suplemen wajib Mami ambil setiap hari.





ALFALFA;


Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:


1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.


2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).


3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.


4) Membantu membuang angin dalam badan.


5) Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.


6)Melegakan sakit sendi dan belakang


7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan.


8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)


9)Memberi kelegaan semasa haid


10)Merawat arthitis


11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema


12)Mencuci usus bagi membuang toksik


13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang


14)Meneutralkan asid dalam badan.


15)Merawat masalah keputihan pada wanita


16)Membesar dan menegangkan payudara


17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri


18)Memulihkan urat selepas bersalin


19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan


20)Meningkatkan stamina seorang suami


21)Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!!


22)Dan banyak lagi untuk disenaraikan


Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.

Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu.



LECITHIN


Hari ini saya nak share tentang kebaikan Lecitihin. Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?


Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.


Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.


Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.


Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.


Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? 

Jawapannya ialah ya selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan dengan lebih baik.




Lecitihin –180 biji (RM55)
Alfalfa Complex – 330 biji (RM57)
OsteMatrix – 120 biji (RM61)
ESP Soy Protein Isolate Powder – 850 gram (RM160)



Jumlah keseluruahan bagi set ini berharga RM335. Tapi mami beli set ini dengan harga yang lebih murah iaitu RM269 dengan cara daftar ahli(RM75) dan dapat harga murah. Dari situ baru lah tahu banyak kelebihan bila join ahli Shaklee.




Sebab Anda Mesti Ambil Milk Booster


Bayi baru lahir menangis kerana kelaparan dan masalah kuning (jaundis)

Badan letih dan lesu semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.

Kulit jadi kering dan tidak bermaya sebelum dan selepas bersalin.
Susu badan kurang pekat dan sedikit selepas bersalin.
Muka pucat dan tidak berseri.
Masalah tekanan perasaan atau stress selepas melahirkan 



Jika berminat, Boleh hubungi saya untuk dapatkan Milk Booster shaklee

Kepada yang berminat untuk dapatkan Vitamin  Shaklee boleh terus hubungi saya Pengedar Sah Shaklee



>>> H/P : 012-5311176




KENAPA ANDA PERLU HUBUNGI SAYA????

setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya. boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut...

saya menyediakan perkhidmatan COD area Sungai Petani dan Kawassan - kawasan yang sedaerah dengannya.